Apr 21, 2010

STEP-BY-STEP MEMULAKAN PERNIAGAAN AFFILIATE

Hai! Selamat bertemu kembali..

Kalau pada posting lepas, saya cadangkan supaya kita mula dengan perniagaan affiliate (jual produk orang lain), kali ni saya nak bagi panduan bagaimana nak mula secara step-by-step... Anda dah sedia?

STEP #1: Daftar Di Mana2 Program Affiliate Yang Sesuai
Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menjual produk tempatan untuk pasaran tempatan, anda boleh daftar di klikjer.com


















STEP #2: Sediakan Laman Web Atau Blog
Laman web atau blog ini akan membolehkan kita menceritakan perihal produk yang anda promosikan ini supaya pelawat boleh memahami isi kandungan produk tersebut.  Anda boleh pilih untuk mendirikan laman web sendiri ataupun mengeluarkan wang untuk mengupah pereka laman web. Terpulang pada anda.

Jika anda ingin menjimatkan wang dan masa, anda boleh lakukannya sendiri. Anda boleh dapatkan cara2 membina laman web dengan PERCUMA dari saya. Cuma daftarkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan di LAMAN WEB SAYA INI.Setelah membuat pengesahan email, anda akan dibawa ke laman web AutoMLMAnda. Bookmark laman web ini supaya anda boleh pelajarinya berulang-kali.












 
Anda juga boleh mendirikan blog secara percuma di blogger atau wordpress. Saya cadangkan anda bina blog anda di blogger.com kerana ia lebih mudah.

STEP #3: Masukkan Link Affiliates Ke Dalam Laman Web/Blog
Setiap produk yang anda pilih mempunyai affiliate link atau referal link tersendiri. Sesiapa yang klik pada link tersebut akan dibawa ke laman web produk yang anda promosikan. Sekiranya mereka membeli produk tersebut bermakna anda akan menerima komisyen atas jualan itu.

Anda juga boleh memasukkan link tersebut di mana-mana perkataan yang anda mahu. Cuma, 'highlight'kan perkataan tersebut, klik butang 'link' atau 'hyperlink' pada menu editor. Satu kotak akan 'pop-up' dan anda boleh masukkan referal link anda di situ, kemudian klik OK. Sesiapa yang klik pada perkataan tersebut, proses seperti di atas tadi akan berlaku.

Walaubagaimanapun, perkara terpenting yang anda kena tahu ialah anda kena lakukan berbagai cara untuk menarik seberapa ramai pelawat atau trafik ke laman web atau blog anda. Semakin ramai pelawat bermakna semakin besar peluang anda untuk menjual produk tersebut.

Selamat mencuba!

2 comments:

SecretExtraOrdinary said...

assalamualaikum,
saya ingin menjalankan affiliate marketing...
tapi, saya ragu-ragu dan x begitu faham tntg cara-cara menjalankannya..
saya harap saudara dpt menbantu tntg lgkh2 yg lbih jelas...

irdagarmin said...

terima kasih atas info ini.moga anda murah rezeki lagi.sy baru daftar di involve asia.alhamdulilah...sy akan cuba memahami dan belajar darinya